
Sulit
3 tahun
Saya nak membuat langkah berjaga jaga
Saya lelaki berumur 20an tapi saya dah kenal dunia sex ni masa sekolah menengah , so saya nak tanya perlu ke buat ujian HIV ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda diwajib untuk buat ujian HIV sekiranya anda pernah terlibat dalam hubungan dengan pelbagai pasangan, ataupun anda adalah dalam kumpulan berisiko seperti pasangan adalah HIV positif atau sesiapa ahli keluarga yang positif, berkongsi jarum, derma darah pada kumpulan yang tidak disah oleh KKM.
Selain itu, anda juga boleh ambil ujian HIV di mana-mana klinik atau hospital kedekatan anda untuk saringkan sendiri. Data peribadi anda tidak akan didedahkan dan tidak akan diketahui oleh orang lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar kami.