
casey
5 tahun
Saya nak tanya pasal ubat darah tinggi
Salam doc, saya nak tanya pasal ubat darah tinggi. Saya dah makan banyak tapi still takde perubahan. Penat dah tukar-tukar ubat. Sama jugak. Tak tahu dah nak buat apa.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ubat darah tinggi anda mungkin tidak berkesan kerana cara pengambilan ubat anda tidak betul. Kadang-kadang anda mungkin keliru kerana banyak ubat yang perlu diambil. Mungkin dos ubat anda tidak betul.
Ubat seperti ubat antiradang bukan steroid, pil pencegah kehamilan dan dekongestan hidung juga boleh menyebabkan ubat darah tinggi tidak berkesan. Masalah seperti pemakanan yang tidak sihat (pengambilan lemak tepu, lemak trans dan garam secara berlebihan), kekurangan aktiviti fizikal, obesiti, merokok dan stres masih menyumbang kepada darah tinggi jika tidak dihentikan.
Darah tinggi juga tidak dapat dikawal jika anda mempunyai penyakit lain yang boleh mempengaruhi tekanan darah seperti penyakit buah pinggang, penyakit saluran darah dan penyakit sistem endokrin. Selain itu, anda berkemungkinan mempenyai asalah hipertensi resisten.
Anda mempunyai hipertensi resisten jika:
o Anda mengambil 3 jenis ubat darah tinggi dengan dos paling tinggi
o Salah satu ubat darah tinggi adalah ubat diuretik
o Tekanan darah adalah lebih tinggi daripada yang sasaran anda
o Anda memerlukan empat atau lebuh jenis ubat darah tinggi
Doktor akan mengemukakan bebeberapa soalan dan melakukan ujian- ujian seperti sejarah perubatan, pemeriksaan tekanan darah secara berkala, ujian darah untuk memastikan sama ada anda mempunyai penyakit lain dan ujian urin strip.
Rawatan untuk menangani masalah ini adalah memastikan anda makan ubat darah tinggi dengan betul, menggunakan ubat darah tinggi lain ataupun dos yang lebih tinggi, merawat penyakit yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ini termasuklah pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal secara berkala, pengekalan berat badan yang ideal, tidak merokok, kurangkan minuman beralkohol, dan tangani stres dengan efektif serta dapatkan rehat yang mencukupi. Sekiranya anda ingin cuba ubat herba, anda perlu memberitahu doktor anda untuk memastikan ubat tersebut tiada kesan sampingan yang tidak diingini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.