
Sulit
4 tahun
Saya nak tanya tentang hubungan sex dengan isteri saya
Saya lelaki umur 45 tahun , saya seorang pengidah HIV positif sejak 2007 . Saya dgn wife selalu buat sex oral secara bergilir-gilir , onani sambil jilat kemaluan wife saya dan wife saya onani sambil hisap kemaluan saya . Kalau wife saya tertelan air mazi saya adakah risiko utk wife saya di dijangkiti HIV…???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda bimbang tentang HIV? Dapatkan ujian dengan mudah dan selesa!