
Sulit
4 tahun
Saya nak tnye tentang hamil
Hai.Saya nak tanya saya sudh lewat period 1minggu.Dan sye ada buat pregnant test result naik double line.Tpi yg satu tu naik samar2.sye cuba 3 hari,Masih naik samar2.saya ada simptn bercak darah dan cramp . Adakah saya hamil atau tidak? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai hal ini. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi positif, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Kit ujian juga boleh memberikan keputusan negatif atau samar-samar disebabkan oleh perkara berikut:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kit ujian kehamilan mungkin memberikan keputusan false positive dan sukar kami untuk katakan anda hamil berdasarkan soalan yang diberikan sahaja. Maklumat lanjut terutama sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih mendalam dan juga pengesahan kehamilan perlu dibuat bersama dengan doktor. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada hamil ataupun tidak.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.