Anonymous
6 tahun
Saya nk tnye normal bg mslh mcm sy ni,bile sy bersetubuh air mani suami akan keluar dri faraj saya
setiap kali sy bersama dgn suami ,air mani still keluar sendiri…walaupon sy dh letak bantal bawah punggung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, air yang keluar dari faraj selepas persetubuhan biasanya adalah campuran air mani suami anda dan juga cecair dari faraj anda. Keadaan ini adalah normal dan anda masih berpotensi untuk hamil kerana sperma yang telah diejakulasi ke dalam faraj boleh berenang ke dalam rahim dan bersenyawa dengan ovum sekiranya ada. Untuk makluman anda juga selain faktor sperma suami, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mempengaruhi potensi kehamilan anda seperti kualiti sperma suami, kuantiti sperma suami, waktu hubungan seksual dilakukan; biasanya potensi kehamilan lebih tinggi ketika anda sedang ovulasi.
Selain itu, faktor kesihatan anda, kekuatan dinding rahim anda dan pelbagai faktor dan potensi lain juga boleh mempengaruhi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.

































