
Sulit
4 tahun
Saya perlukan bantuan segera
Last week during my periods. Saya cepat rasa teransang dan ingin mendengar moans. Sebelum nii tidak pernah berlaku. Dan semalam ketika saya mendengarnya ransangan berlaku Dan mengeluarkan air mani saya buat kali pertama. Ianya berwarna Putih,tidak berbau seperti telur Putih dan stretchy . Berserta sedikit darah kemungkinan baki dari period saya. Apakah nii normal bagi wanita 20 tahun mengalami perkara bergini? Adakah saya masih mempunyai dara? Sebelum ini saya mempunyai trichotillomania disorder Dan ianya beransur pulih. Kemudian ketika proses itu ransangan terhadap sex saya juga meningkat… Apa yang harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda selaput dara telah hilang ataupun tidak memandangkan ia memerlukan pemeriksaan doktor. Darah tersebut juga boleh disebabkan oleh kecederaan pada dinding faraj anda ataupun spotting.
Anda masih risau tentang pendarahan di faraj anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk maklumat anda, adalah normal untuk seseorang itu beronani. Tetapi ia menjadi tidak normal sekiranya ia mengganggu fikiran dan mengganggu fungsi anda sebagai seorang manusia sehingga aktiviti harian terganggu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda masih risau dengan keadaan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan untuk mengetahui punca pendarahan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.