
Kevin
6 tahun
Saya pernah berhubungan dengan perempuan yang positif HIV
Doktor…saya ingin brtanya…saya pernah mengadakan hubungan dgn seorang perempuan…dia positif hiv…saya risau saya akan terkena hiv juga…tetapi masih tiada sebarang tanda pada saya untuk terkena jangkitan hiv…perlu ke saya mendapatkan rawatan susulan??

6 tahun
Hi. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Sebelum saya memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai soalan yang diajukan, adalah penting untuk saya mengetahui beberapa perkara.
- Apakah bentuk hubungan kelamin yang dilakukan? (biasa atau oral)
- Adakah anda atau pasangan memakai sebarang perlindungan seperti kondom?
- Bilakah hubungan tersebut berlaku?
Tujuan soalan pertama dan kedua ditanya adalah kerana hubungan seks biasa atau melalui faraj tanpa menggunakan perlindungan iaitu kondom mempunyai peratusan yang tinggi untuk menyebabkan penyebaran jangkitan virus HIV tersebut. Sementara itu, kebarangkalian untuk jangkitan tersebut terjadi melalui hubungan seks oral adalah amat rendah, melainkan terdapat luka di dalam mulut anda atau pasangan anda.
Untuk soalan ketiga pula, tempoh masa antara waktu pendedahan kepada virus dan waktu bermulanya tanda-tanda jangkitan adalah amat penting untuk diketahui. Pada kebiasaannya, individu yang dijangkiti akan melalui simptom-simptom selepas antara 2 hingga 6 minggu terdedah kepada jangkitan tersebut. Simptom-simptomnya menyerupai demam dan selsema biasa, seringkali datang bersama-sama sakit badan, sakit sendi, sakit kepala, sakit tekak dan cirit-birit. Ianya akan berlarutan lebih lama daripada demam biasa, sehingga 3-4 minggu. Walabagaimanapun, terdapat sebilangan pesakit yang tidak mempunyai apa-apa tanda jangkitan
.
Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk anda segera berkunjung ke mana-mana klinik atau hospital yang menawarkan servis ujian saringan HIV bagi mendapat pengesahan berkenaan perkara ini.