
Sulit
5 tahun
Saya, positive HIV sudah selama 11 tahun dan sudah terima rawatan
Saya,sudah berhubungan dgn satu lelaki selama 3 tahun doc dia tidak tau apa ke adaan sy…ada kah dia akan tejangkiti …Cd4 sy sekarang 728 virus dlm darah sy pun rendah… Ada kah ni akan jadi masalah sama kami???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, HIV yang juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah. Sekiranya anda yang HIV+ telah melakukan hubungan tanpa perlindungan (tanpa kondom) dengan sesorang yang bukan penghidap virus HIV, kemungkinan untuk terjangkit adalah sehingga 75%. Maka, langkah terbaik adalah untuk melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih