
Sulit
4 tahun
Saya rasa macam skrng badan saya lemau dan cepat letih, dan saya perlukan vitamin
Adakah ibu hamil boleh makan vitamin flavettes? Sejak semenjak ni saya selalu rasa mcm pening nak pengsan dan tak boleh diri lama. Kekadang rasa mcm haus sgt tak mcm biasa sebelum ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, vitamin C boleh diambi oleh ibua mengandung asalkan ianya diambil dalam dos yang selamat. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengambil vitamic C sebagai makanan tambahan, saya sarankan untuk anda berbincang dahulu dengan doktor pakar puan yang merawat anda.
Selain itu, saya sarankan untuk anda mengajukan masalah anda dengan doktor agar punca masalah anda dapat diketahui dan kemudiannya rawatang yang sesuai boleh diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.