
Sulit
3 tahun
Saya sakit apa dok?badan asyik banyak angin je
Tidur rasa mcm terganggu.selera makan still ada.cuma bila beremosi stres,sedih,takut,panik, dada ttbe mesti penuh dengan angin.kadang buat saya mcm sesak nafas. mandi dengan air sejuk pun dah rasa badan masuk angin. Hari2 mcm tu kerap sgt sendawa.kat situ mcm2 saya fikir sampai rasa mcm stres.aku ni ada penyakit ke?tapi apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda mengalami masalah gangguan tidur sehingga anda mengalami sesak nafas. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang disebutkan oleh anda boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan setiap faktor memerlukan pendekatan dan rawatan yang tersendiri.
Antara sebab lazim mengapa anda mengalami gejala yang disebabkan adalah:
- Psikologikal: Tekanan emosi atau stres, keresahan (anxiety), kemurungan (depression)
- Kekurangan rehat
- Obstructive sleep apnea
- Refluks asid atau GERD
Gejala yang dialami oleh anda memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.