
Sulit
2 tahun
Saya sakit tekak 11 hari dan mlm kadang2 seram sejuk
Sy lelaki umur 38thn. Sy sakit tekak hampir 11 hari. Tp bukan yg terok. Ubat antiboitik sudah habis mkn dr klinik swasta. Kadang2 mlm bdn rasa seram sejuk tp x demam. Keadaan ni buat sy rasa x selesa dan amat risau. Apa perlu sy lakukan lg doctor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.