
Sulit
4 tahun
Saya saya bimbang kerana telah terguna ubat pesakit hiv iaitu ubat oral mulut . Adakah saya dijangkiti hiv kerana mengunakan ubat itu
Baru2 ini saya ada bengkak dekat bawah tekinga diikuti kalenjar di peha kiri.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang bengkak di bawah telinga dan kalenjar di peha kiri. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Jangkitan HIV tidak tersebar dengan hanya memakan ubat untuk merawar sakit.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Bagi HIV untuk ditularkan melalui ciuman, ciuman tersebut haruslah mendalam, dengan mulut terbuka dan pencium HIV-positif serta pasangannya perlu mempunyai luka dalam mulut atau gusi berdarah. Darah pasangan HIV-positif perlu memasuki aliran darah pasangan HIV-negatif bagi jangkitan HIV untuk berlaku. HIV tidak boleh ditularkan melalui air liur atau ciuman dengan mulut tertutup.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih