
Sulit
3 tahun
Saya selalu mual , pening kepala dan semput (asma)
saya seorang perempuan 20’an , dan saya mengalami nya sudah hampir 1 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, gejala sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, memandangkan gejala ini sudah berlangsung hampir 1 bulan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih