
Sulit
4 tahun
Saya sihat cuma saya ada penyakit kulit tetapi kadang² saya sakit dada
saya berusia 13 tahun saya sihat tetapi apakah punca haid saya lebih 15 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.