
Sulit
4 tahun
Saya slalu sakit dada, terasa macam dicucuk. Saya juga selalu sukar untuk bernafas
Saya remaja berumur 17 tahun. Saya selalu rasa dicucuk di bahagian dada. Saya juga rasa sukar untuk bernafas hampir setiap masa. Bila setiap kali saya sesak nafas, saya sukar untk melihat, semua jadi semakin gelap and kabur. Saya dah buat pemeriksaan ECG tapi doktor cakap jantung saya ok. So boleh tak doktor tolong terangkan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas dan dada terasa dicucuk boleh disebabkan:
- Asma
- Trauma pada tulang rusuk
- Alahan - seperti pada habuk dan debu
- Jangkitan saluran udara
- Keresahan
- Anemia - kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.