Sulit
5 tahun
Saya susah nak be4nafas perut rasa pedih
Saya dah 2 hari susah nak bernafas. Rasa mcm tak puas nak bernafas. Saya pergi hos mlm tadi doc buat xray dia ckp pepaeu saya tidak apa2. Nafas pon okay tak laju. Dan dia bgthu saya gasrtik. Tapi smpai sekarang saya mcm rasa sukar nak be4nafas secara puas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Masalah psikiatri seperti panic attack, anxiety
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Akan tetapi, sekiranya masalah ini sangan menganggu aktiviti harian anda namun semua pemeriksaan menunjukkan normal, anda mungkin boleh cuba berjumpa dengan doktor pakar psikiatri untuk pemeriksaan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































