
Sulit
4 tahun
Saya telah menelan pill postinor mengikut waktu yg ditetapkan. Bagaimana keberkesanannya pada saya
Hi, sya brusia 20-an dan telah melakukan hubungan seks bersama bf saya pada 16/12 dan dia telah terpancut dalam pada 17/12 pukul12 tghri sya telah menelan pill morning after dan dianggarkn pill prtama dalam mse 18jam kerana 12tghri 17/12 itu saya dh telan pill pertama dan selepas 12 jam lebih kurg pkul 12.15mnit mlm sye telan menelan pil kedua. Saya nk thu keberkesanannya jika saya telah menelan mengikut timing yg ditetapkan dan saya juga telah memakan buah nanas untuk mencegah dari mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu,
Berdasarkan keterangan anda, ubat ini akan berkesan untuk anda kerana anda telah mengambilna dalam tempoh waktu yang tepat. Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk mengambil ubat ini kerana kekerapan pengambilan ubat ini dapat menganggu hormon dan kitran haid.
Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami dan bercakap secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.