
Sulit
4 tahun
Saya telah mengalami batuk selama lebih 2 minggu. Sebelum puasa saya batuk, beberapa hari lepas tu ok. Dia tak hilang, tapi berkurangan. Beberapa hari ni batuk dtg kembali tapi lebih teruk. Puncanya sy makan ubat batuk yg beli di farmasi
Saya telah mengalami batuk selama lebih 2 minggu. Sebelum puasa saya batuk, beberapa hari lepas tu ok. Dia tak hilang, tapi berkurangan. Beberapa hari ni batuk dtg kembali tapi lebih teruk. Puncanya sy makan ubat batuk yg beli di farmasi (ubt yg beli masa batuk pertama). Tiba2 terus jadi berkahak pekat lepas makan ubat tu. Sy mkn sekali je then stop. Skrg batuk sy jenis batuk tak berkahak (waktu siang) tp kahak pekat hijau waktu bangun tidur. Kekerapan batuk mmg sentiasa dan mengganggu tidur dan aktiviti harian. Sy pakai mask walaupun dlm rumah takut menjangkiti org lain.
Waktu batuk pertama sy ada jumpa doktor tp sy tak makan ubt tu. Doktor bagi ubt batuk brand zecuf 7.5ml 3 kali sehari, ubat cair kahak, antibiotik amoxicllin trihydrate 500mg 3kali sehari dan thymol gargle.
Boleh ke sy mkn uba tu atau kena ambil ubat lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda mengalami gejala buat masa yang lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia berpunca dari sesuatu yang lebih serius.
Anda perlu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor dan menghabiskan antibiotik tersebut. Namun sekiranya gejala masih berpanjangan walaupun ubat telah dihabiskan, sila berjumpa dengan doktor segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.