
Sulit
3 tahun
Saya telah merujuk ke hospital sewaktu umur saya 14tahun mengalami suspek tb
Saya wanita yang berumur 16tahun yang sering sakit kepala sebelah dan sering batuk berdarah dan mengalami kebas di kaki dan tangan , dan saya selalu mengalami sakit pinggan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang batuk berdarah, sakit kepala, kebas tangan dan kaki serta sakit pinggang. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara sehingga memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada ia mempunyai hubungkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Antara penyebab yang boleh menunjang masalah sedemikian adalah seperti:
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Sakit kepala yang dipicu oleh batuk yang terlalu kuat atau kerap
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius, seperti:
- Jangkitan pada paru-paru (seperti: TB, pneumonia)
- Masalah pembekuan darah atau darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Jika masalah batuk berdarah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan kerana pendarahan yang berterusan boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.