Sulit
4 tahun
Saya terasa senak dan besar di telur sebelah kanan
Saya terasa senak ditelur sebelah kanan,dan terasa besar kanan. Sebelum ini dan sekarang saya asyik kerap terasa nak kencing
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah testis bengkak (buah zakar sakit dan besar) yang ayah anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































