
Sulit
4 tahun
Saya terkena Hernia semasa berumur 7 tahun dan kemungkinan testicle itu mati disebabkan terbeli
Hi, saya pernah terkena hernia semasa berumur 7tahun, dan selepas itu ibubapa saya hantar saya berubat tradisional (urutan) dan berjaya kembalikan testicle ke tempat asal, cumanya, saya rasa mungkin testicle itu terbelit (sekarang baru saya tahu) dan mnyebabkan testicle tersebut mati… apa perlu saya buat sekarang? Sekarang saya berumur 24 thun… jika saya perlu menjalani pembedahan, berapa anggaran kos pembedahan/rawatan?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan bayaran dan kos perubatan bagi masalah hernia kerana pilihan rawatan adalah berbeza mengikut keadaan sakit seseorang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah