
Sulit
4 tahun
Saya tidak datang haid 3 hari
saya berumur 35tahun , saya telah delay period selama 3hari & sy ada cuba untuk try test pregnant yg biasa seperti strip & casette tapi hny satu line sy keluar tapi saya ada cuba guna clear blue test pregnant & line menunjukkan saya pregnant & ada masa saya akan cepat keletihan , on off demam bila malam & cramp bhgan perut . saya jadi keliru adakah saya mgandung @ ada kah hanya faktor hormon yang tidak stabil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif atau berubah-ubah kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Hal ini kerana memandangkan anda juga mengalami gejala tambahan seperti cramp di bahagian perut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan faktor lain terjadinya haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!