Sulit
3 tahun
Saya tidak datang haid dah masuk 14 hari missed priod
Saya wanita berumur 21 thun , sebelum ni saya tiada masalah haid , pada bulan ini , saya missed period dah masuk 17 hari saya lambat period , bila check upt Negtif , apa yang perlu saya buat doktor ? Adakah saya test upt terlalu awal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ujian kehamilan melalui air kencing atau UPT ini boleh dilakukan sebaik sahaja seminggu selepas tarikh kedatangan haid yang terlepas, atau pada waktu bila-bila masa selepas seminggu selepas tarikh tersebut.
Gejala haid tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh segolongan wanita yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit dalaman. Ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbang hormon yang boleh berlaku pada satu kitaran haid, yang dipengaruhi oleh beberapa faktor am mengenai kesihatan kita.
Berikut merupakan penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor am dan beberapa penyakit.
- Gangguan stress dan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Tabiat pemakanan yang kurang sihat serta mempunyai khasiat yang tidak sihat.
- Berat badan yang tidak seimbang
- Anorexia nervosa
- Masalah tiroid yang mengawal hormon wanita
- Penyakit dalaman yang kronik seperti penyakit kencing manis (Diabetes)
- Penggunaan pil perancang
- Penyakit keradangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
- Ketumbuhan fibroid atau polip yang boleh menghalang aliran darah. Selalunya ia disertai simptom seperti sakit perut pada bahagian bawah pusat, atau senggugut yang tidak berkait dengan haid.
- Kehamilan. sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom kehamlian seperti muntah, loya dan sakit payudara walaupun mempunyai keputusan UPT yang negatif.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi sekiranya ia berlarutan pada tempoh masa yang panjang. Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan simptom anda seperti:
- Kurangkan stress
- Cukupkan tidur dan rehat
- Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan kandungan fiber dan vitamin dalam nutrisi pemakanan
- Amalkan senaman yang seimbang
- Dapatkan berat badan yang seimbang.
- Dapatkan ubat untuk melancarkan kitaran haid atau mengeluarkan haid melalui preskripsi dari doktor anda.
- Jaga kesihatan anda secara am. Jika anda mempunyai penyakit kronik dalaman, sila ambil langkah untuk mengawal penyakit tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.