
Anonymous
5 tahun
Saya x datang haid selama 1bulan dia hanya keluar warna coklat
Saya wanita berusia 32 x datang Selma 1 bulan hanya warna coklat sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.
Ubat-ubatan
( Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.)Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.