
rohaizahadam95
2 tahun
Sebelah ketiak berdenyut
Hai, saya wanita berumur 24 tahun & belum berkahwin. Hujung tahun 2018 saya pernah menjalani operation lipoma di bawah ketiak belah kanan. Soalan sekarang, ketiak sebelah kiri pula asyik berdenyut & menarik2 dari dalam… Ada doktor kat, mungkin sebab nak datang bulan, tapi ni dah habis period pon masih berdenyut… On off… Paling terasa bila saya angkat berat sikit. Tapi macam tiada benjolan macam sebelum ni… Hanya berdenyut2… Oye kerja saya technically guna tenaga tangan… Angkat barang berat… Adakah tisu koyak atau lipoma datang balik…past doctor said, lipoma saya boleh kembali dalam setahun 2…betul ke?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang menyebabkan kesakitan di bahagian ketiak adalah:
- Cedera otot
- Pembengkakan kelenjar getah bening
- Abses
- Lipoma
Tidak dapat dikecualikan bahawa risiko jadinya lipoma sekali lagi tetapi hal ini memerlukan pemeriksaan yang teliti dan maklumat yang selanjutnya sebelum kesimpulan dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!