
Sulit
4 tahun
Sebelum ni demam , demam dh ok tapi tiba2 rasa sesak nafas
Assalam . Hai doc , sy nak tanya baru2 ni sy rasa sesak nafas sikit mngkin juga sbb penat kerja . Tapi sblum ni sy ada demam skg dh ok cuma tiba2 rasa sesak nafas sikit . Asal nak bnafas jaa rasa sempit kat bhgian tekak . Dh pernah swabtest sblum ni , kptsan negatif . Jadi perlukah sy swabtest lagi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hanya dengan maklumat yang anda berikan, ianya tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan sesak nafas seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Selain itu, sekiranya sesak nafas sahaja tanpa ada gejala lain seperti demam dan batuk, ianya mungkin tidak merujuk kepada jangkitan COVID-19.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat Terima kasih.