
Sulit
4 tahun
Sebu perut dan demam
Saya wanita berumur 23 tahun. Akhir2 ini saya mengalami masalah sebu perut… Perut rasa berangin dan tidak selesa… Terasa seperti ingin membuang air besar tapi tidak… Keadaan ini membuatkan saya rasa tidak selesa untuk baring kerana rasa sesak nafas… Saya jugak mengalami demam panas setiap kali tahap sakit itu bertambah… Apakah yg harus saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan sebu perut dan sesak nafas sering dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Beberapa hari atau waktu sebelum datangnya haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome (IBS) : sering dikaitkan dengan rasa ingin buang air
- Penyakit radang usus
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas & rasa ingin membuang air anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru dan usus. Sekiranya gejala berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).