
Sulit
4 tahun
Sebulan consume folic acid dan period lewat
Salam doctor. Sy berumur 30tahun dan planning utk berkahwin. Sudah hampir sebulan sy makan folic acid tp period sy tiba2 lewat dah seminggu dan sy masih belum period sehingga sekarang. Selalunya tiap2 bulan sy period mcm biasa dan cycle sy 28hari tp lepas dah consume folic acid terus tak dtg period dan tanda2 utk period pun tak ada lg setakat ni. Normal ke? Apakah sebabnya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pengambilan folic acid tidak akan mengakibatkan anda untuk mendapatkan haid yang lewat. Folic acid adalah supplemen yang perlu diambil kepada mereka yang ingin merancang kehamilan, sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum hamil dan ketika sedang hamil untuk mengelakkan masalah kecacatan tulang belakang. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai punca kepada masalah haid lewat seperti:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah haid lewat merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.