
Sulit
4 tahun
Sebulan tak period . adakah ini normal?
saya 21 tahun . normal ke kalau tak period dalam tempoh sebulan ? saya amat risau . biasanya saya period dalam pertengahan bulan . tapi dalam sebulan tak ada period sama sekali . kawan saya kata mungkin ini kerana saya makan ubat psikiatri atau terlampau stress . saya pesakit bipolar disorder .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah berkenaan haid lewat yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.