
Sulit
3 tahun
Sedang sarat hamil positive covid 19
Saya sedang mengandung 39w6d masih belum ada tanda2 untuk bersalin… Saya disahkan positif covid pada 3 mei lalu… 6 mei sy telah dimasukkan ke hospital sg. Buloh pd 8mei sy telah discharge dr sg. Buloh… Soalan saya… Esok 12 mei adalah hari ke 10 sy kuarintin slps swap positif pd 3 mei… Sy start bergejala pada 29 April… Adakah slps 10 hari sy sudah bebas covid dan tiada masalah bersalin di mana2 hospital… Sy agk tekanan memandangkan skg tiada lg checkup sdgkan sy sdg menunggu hari utk bersalin… Sy risau bila kt hospital sy akan tolak di sana sini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui mengenai wabak COVID-19 yang masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih