
nanihtp
5 tahun
Sedu melebihi 6 bulan
Anak saya berusia 10 tahun mengalami sedu yang berlarutan. Sekiranya beliau aktif atau tidur, sedu tidak berlaku tetapi sekiranya beliau berada dalam keadaan relax, sedu akan berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sedu yang berterusan boleh jadi disebabkan oleh:
- Kerosakan saraf atau kerengsaan saraf
- Penyebab sedu jangka panjang adalah kerosakan kepada atau kerengsaan saraf vagus atau saraf frenik, yang berfungsi mengawal otot diafragma.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan atau kerengsaan kepada saraf ini termasuk:
- Kerosakan saraf vagus atau frenik
- Tumor, sista atau goiter di leher anda
- Refluks gastroesophageal
- Sakit tenggorok atau laringitis
- Gangguan sistem saraf
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.