
Sulit
4 tahun
Sejuk pada bahagian dada dan sakit pd tekak
Assalamualaikum. Hi doc. Sy wanita berumur 25 tahun. Sy sering mengalami rasa sejuk pd bahagian dada dan sakit pd bahagian tekak stelah bgun drpd tidur pd setiap pgi dn apabila terjga dr tidur pd wktu malam. Sy juga akn batuk² apabila cuba menarik nafas yg dalam/ dgn kuat. Perkara ini berlaku apabila cuaca yg terlampau sejuk wlaupun sy tidur dgn hnya mnggunakn kipas syiling. Apakah punca berlakunya perkara ini, apakah cara mengatasinya dan adakah ini normal ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala - gejala yang dialami boleh dikaitkan dengan kondisi tubuh yang sangat luas. Antaranya termasuk
- gangguan saluran pernafasan (i.e. alahan, tonsil, dll)
- gangguan saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- gangguan paru-paru (i.e. jangkitan kuman, asma)
- gangguan saraf
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari dokor pakar yang sesuai, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- memastikan tidur menggunakan selimut
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- jauhi faktor yang dapat menggangu tidur anda
- merujuk ke doktor sekiranya gejala berlarutan atau menggangu rutin harian anda
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.