Anonymous
5 tahun
Sekitar puting bengkak
Saya Adam , 19 tahun . Pada mulanya di sekitar puting saya ada timbul mcm jerawat , dan saya fikir itu jerawat . Jadi saya pilih untuk picit sebab tersangat sakit dan tak selesa . Tetapi ia tak keluarkan sejenis nanah pun dan ia bukan jerawat . Keesokkan harinya ia mula bengkak merah hingga mnyebabkan puting saya besar sebelah . Apa yang perlu saya lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat pelbagai sebab boleh berlakunya masalah ini. Antaranya:
- Jangkitan bakteria kesan dari picit jerawat
- Jangkitan pada folikel rambut sekitar puting
- Cyst (Akibat dari luka mencukur bulu dada)
Saya sarankan anda untuk segera ke hospital kerana khuatir jangkitan ini boleh merebak dan menyebabkan keadaan ini lebih serius
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































