
Anonymous
5 tahun
Seks dengan Kondom
Saya lelaki berusia 24 tahun dan sering melakukan hubungan seks dengan kawan2 perempuan, saya wajib memakai kondom setiap kali berhubungan seksual,
Adakah penggunaan kondom ini benar2 selamat untuk menghalang penularan HIV?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. HIV juga dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah, cairan limpa dan lain-lain. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Menurut kajian yang dilakukan keatas pelaku seks yang telah melakukan hubungan dengan sekurangnya satu orang yang HIV positif (HIV+), sebanyak 70% penularan HIV dapat dicegah apabila pelaku menggunakan kondom 100% setiap kali berhubungan. Akan tetapi, pada kes yang mana pengguna hanya menggunakan kondom kadang-kadang (<100%), penularan HIV hanya berjaya dicegah sebanyak 8%.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih