
nurhazirah6544
5 tahun
Seks ketika haid kelima
Hai doktor!,saya dan pasangan melakukan seks ketika hari kelima haid yang saya sangka sudah tiada darah keluar lagi,sebelum mula saya membersihkan vagina,ketika waktu bersama tiba-tiba keluar darah sedikit dan kami terus berhenti seks,saya dan pasangan terus mencuci kemaluan kami,adakah bahaya atau apa-apa kesan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ini adalah kemungkinan risiko bahaya seks ketika haid:
- Jangkitan seksual
- Jangkitan kulat faraj
- Jangkitan pada lelaki
- Infeksi pada dinding faraj
- Pembuluh darah tersumbat
Namun begitu, Pendarahan semasa bersetubuh boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Luka yang tidak pulih selepas bersalin
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Untuk maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.