
Sulit
4 tahun
Seksual kalangan remaja
Saya telah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki saya tetapi dia tidak memasukkan alat sulitnya ke dalam faraj saya cuma alat sulitnya terkena di bahagian dubur saya beserta air mazinya sedikit…adakah boleh menyebabkan saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Hubungan seks tanpa perlindungan baik melalui dubur mahupun secara kelamin sekiranya terdapat kesan air mani atau air mazi (jika mengandungi sperma) pada alat kelamin wanita, terdapat risikonya untuk menjadi hamil. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih