
huseinbinjakfar
6 tahun
Selain ciprofloxasin
Saya lelaki berumur 35 tahun , saya as pertanyaan sekitar penyakir yg disebabkan oleh bakteri gonorhea ,
Saya sudah Coba dengan antibiotic ciprofloxasin , tapi sudah 2 Hari saya minum tidak juga sembuh , apakah Ada solusi Yang lain doctor?? Terimakasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Gonorea boleh dirawat dengan suntikan ceftriaxone (Rocephin) pada lengan tangan atau dengan cefixime (Suprax) sejenis ubat makan. Antibiotik lain juga boleh digunakan. Anda tidak boleh mendapatkan ubat antibiotik daripada farmasi kerana ubatan sebegini memerlukan preskripsi doktor.
Selain itu, anda juga boleh merawat masalah ini dengan cara - cara berikut :
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
- pasangan juga disaranan untuk kamu berdua mendapatkan ujian darah yang selengkapnya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih