
Sulit
4 tahun
Selalu mengalami masalah ulser dalam mulut
Hi doktor, saya berumur 23 tahun dan sering mengalami masalah ulser dalam mulut. Masalah ini membuatka saya sukar untuk minum dan makan kerana rasa sakit. Ulser pun tumbuh banyak setiap mingggu. Kenapakah masalah ini berlaku ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma
- Dehidrasi
- Inflammatory bowel disease
- Sistemik Lupus Eritematosus
Selain mendapatkan rawatan ubat, saya galakkan untuk anda
- Minum banyak air putih
- Jaga kebersihan mulut
- Berkumur dengan air garam
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.