
Sulit
4 tahun
Selalu pening dan perut selalu masuk angin
saya berumur 34 tahun, lately saya selalu rasa macam mabuk, kepala macam pusing je dan ini sangat mengganggu rutin harian sebab saya rasa macam nak tidur je. mabuk tu akan lebih terasa bl pukul 12 ke atas…walaupun saya makan on time

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pening kepala.
Untuk makluman anda, pening kepala boleh berpunca daripada pelbagai sebab antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana saya tidak boleh merawat anda tanpa pemeriksaan fizikal.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.