
Sulit
4 tahun
Selalu pening dan rasa berdebar secara tiba tiba
Saya wanita 20an yang belum berkahwin , saya sering berasa pening dan rasa jantung berdetak laju secara tiba tiba . Kadangkala rasa macam nak pengsan . Adakah ini biasa untuk peringkat umur 20 an

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah berdebar, rasa nak pengsan dan pening ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.