
Sulit
4 tahun
Selamat pagi,doktor..saya nak tanya
Hai doc,saya nak tanya. Kenapa bila saya sudah sarapan,nak berjalan tu mesti rasa nak termuntah?denyutan jantung saya 80.normal an.bila selalu jadi mcm tu hari2 saya risau-takut. Terjadi bila waktu pagi sahaja.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai gejala yang agak mendadak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- perubahan hormon
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan fobia atau gejala psikologi yang lain
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- tinggi kandungan probiotik
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.