Sulit
3 tahun
Selamatkah luvox di ambil ketika hamil?
Salam sejahtera doc, saya pesakit Panic Disorder dah 8 tahun ambil ubat fluvoxamine sebanyak 250mg setiap hari. Sekarang saya sudah disahkan mengandung. Adakah selamat untuk saya ambil ubat luvox semasa tempoh mengandung ini? Sebab banyak yang saya dengar dari pesakit sama ambil ubat ni kata mereka bahaya, ia boleh menyebabkan gugur kandungan (ada pesakit yang cerita, beliau sendiri jadi gugur kand) atau anak yang lahir bakal kena autism atau sindrom. Betul ke?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, fluvoxamine merupakan ubat kategori C bermakna sewaktu dilakukan ujian ubat ini terhadap haiwan, ia menunjukkan kesan sampingan pada janin haiwan dalam kandungan. Kategori C juga bermakna tiada maklumat yang mencukupi untuk menyatakan bahawa fluvoxamine selamat untuk digunakan sewaktu kehamilan.
Saya sarankan anda untuk berbincang dengan doktor pakar anda untuk mengetahui langkah lebih lanjut dan jika perlu, doktor anda boleh mengubah ubat untuk anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.