
Sulit
4 tahun
Selaput dara sukar untuk pecah ketika berhubungan seks
Hi saya seorang lelaki baru saja berkahwin, saya dan isteri mengalami kesukaran untuk melakukan hubungan seks oleh kerana selaput dara isteri saja terlalu keras, kemaluan isteri saya memang basah dan apabila saya memasukkan kemaluan saya isteri saya mengalami kesakitan yg teramat sangat dan selalunya saya tidak sanggup tengok isteri saya kesakitan, saya memasukkan jari ke dalam vagina isteri saya dan beliau trut rasa sakit dan saya dapat rasa kalao selaput dara isteri saya sangatlah keras dan tebal, jadi apakah solusi bagi kami? adakah perlu melakukan pembedahan buang selaput dara tersebut?? tidak sanggup saya melihat isteri kesakitan apabila saya cuba melakukan penetration.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya jangkitan kuman memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari jangkitan kuman, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, penggunaan painkiller perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah