Sulit
4 tahun
Selepas buat pap smear
Hai doctor selamat ptg…saya ada pasang alat iucd baru setahun n then bulan lepas baru buat pap smear …tapi keputusan nye mengatakan ada jangkitan kuman.2 jenis kulat Dan bakteria…Adakah jangkitan itu berbahaya…Adakah berpunca dari pemasangan alat tersebut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, pemasangan IUCD dilakukan dalam keadaan yang bersih (sterile). Namun ia tidak mustahil untuk bakteria ataupun mikroorganisme lain untuk menjangkiti kawasan serviks anda sekiranya terdapat sebarang masalah semasa pemasangan alat tersebut dan anda pernah melakukan hubungan seksual sebelum melakukan pap smear.
Kami tidak dapat memastikan sumber dan asal jangkitan tersebut memandangkan maklumat lanjut dan siasatan terperinci perlulah dibuat untuk mengetahui puncanya. Kami juga tidak pasti sama ada jangkitan itu berbahaya ataupun tidak disebabkan maklumat yang tidak mencukupi.
Risau dengan keputusan pap smear yang tidak normal? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda menghubungi klinik atau doktor yang merawat anda dan berbincang dengannya mengenai keputusan tersebut supaya langkah seterusnya dapat dibuat.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap secara langsung dengan doktor pakar kami mengenai masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































