Sulit
6 tahun
Selepas haid bersama suami keluar darah
saya berumur 27thun … pernah terjadi kepada saya… saya haid biasa 4 atau 5 hari … hari ke 7 saya bersama suami… dari anak dara saya memang haid paling lewat 5hari. .selepas pergi ke kerja saya terasa ada keluar darah… adakah itu darah haid… atau darah penyakit… saya jadi risau… darah tu bewarna merah hitam… boleh saya tahu adakah itu satu penyakit ??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas persetubuhan yang anda alami boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion - luka pada serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































