
Sulit
4 tahun
Selepas kuarantin 10 hari di hospital & 4 hari di rumah , perlukah swab test untuk kepastian?
Abang saya disahkan positif covid19 dan telah menjalani kuarantin 10 hari di hospital dan 4 hari di rumah . Semasa keluar dari hospital tidak melakukan swab test untuk kali ke 2 tetapi hanya disuruh oleh doktor untuk kuarantin 4 hari di rumah . Sekarang dia tidak menunjukkan sebarang simpton . Jadi soalan saya perlukah dia menjalani swab test yg kedua selepas kuarantin 4 hari di rumah untuk mendapatkan kepastian disebabkan rumah kami ada budak kecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami menasihatkan anda untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh doktor yang telah merawat anda ketika berada di hospital. Kebiasaanya apabila anda telah dibenarkan pulang ke rumah, ia bermaksud anda telah berada dalam keadaan selamat. Namun begitu, proses kuarantin dirumah perlu diteruskan mengikut SOP ataupun tatacara yang ditetapkan. Untuk mengetahui sekiranya anda perlu melakukan ujian swab yang seterusnya, anda perlu menghubungi hospital yang merawat anda.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini