
Sulit
5 tahun
Selepas makan ubat postinor
Saya wanita berumur 25 tahun telah melakukan seks pada 26/10 dan telah makan ubat postinor 1 biji pada 26/10 dan sekali lagi pada 27/10 pada jam 8 setelah itu pada 01/11 saya dapati telah keluar darah merah serta rasa sakit nyeri pada perut ,apakah maksud tanda-tanda ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan darah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Kesan pil postinor
- Pendarahan haid normal
- Pendarahan implantasi kehamilan - sekiranya terdapat ejakulasi dalam rahim
- Pendarahan ovulasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.