
Sulit
3 tahun
Selepas melakukan hubungan intam suami isteri. Faraj terasa sakit dan ngilu
Hi doc. Sy ingin bertnya kan soalan. Malam pertama saya. Semasa sy ingin memasok kan zakar ke farah isteri. Isteri merasa sakit. Adakah itu normal. ? Dan selepas habis isteri mengadu. Sakit dan ngilu. Apabila saya check. Di pintu bawah faraj isteri nampak mcm terkoyak sedikit. Adakah disebab kan itu isteri merasa sakit dan ngilu?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala isteri anda mengalami tersebut, sakit dan ngilu, adalah normal untuk malam pertama. Sebab wanita mempunyai selaput dara (hymen), lapisan nipis pada pembukaan faraj, apabila menjalani hubungan dengan pasangan kali pertama, lapisan ini akan terkoyak dan menyebabkan gejala sakit dan ngilu, serta berdarah sikit.
Selain itu, sekiranya dengan perlakuan yang agresif semasa hubungan dengan pasangan, kemungkinan menyebabkan kecederaan pada kemaluan juga boleh terjadi, menyebabkan gejala sakit dan ngilu. Kejadian ini perlu ambil masa untuk sembuh dan mengelakkan hubungan seks dapat membantu penyembuhan kecederaan ini.
Sekiranya setiap kali melakukan hubungan dengan pasangan akan menyebabkan gejala sakit ini, mungkinnya ia disebab oleh perkara lain seperti penyakit puan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.