Sulit
2 tahun
Selepas melakukan seks
Hello dokter saya perempuan beeumur17tahun.8haribulan September yang lalu saya dengan bf saya melakukan sex menggunakan kondom. Selepas selesai melakukan itu dia terus membuka kondom itu dan memasukkan 1tanngan nya kedalam kemaluan saya. Dan dijangka tangan nya itu bersih.tetapi sampai ke hari ini saya belum datang haid dok sebab sebelum ini saya datang haid sebulan sekali
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon lain
- PCOS
- Kehamilan
Penggunaan kondom juga tidak 100% mencegah kehamilan. Jari juga akan menyebabkan kehamilan jika ia dipenuhi ejakulasi. Cara pemakaian kondom yang salah, penyimpanan kondom yang tidak betul atau pilihan saiz yang salah boleh menyebabkan kehamilan.
Kami mencadangkan agar anda mengambil ujian UPT yang boleh memberi keputusan seawal 10-14 hari selepas seks. Untuk memastikan kelewatan haid bukan disebabkan kehamilan.
Untuk pertanyaan lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.