
Sulit
4 tahun
Selepas pembedahan cyst bartholin
Hi , Saya baru menjalani pembedahan bartholin cyst 3 hari lepas tetapi dokter yg merawat saya menyatakan mereka tidak jahit adakah akan bercantum semua atau tidak selepas buang bartholin cyst itu ,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, bartholin cyst terjadi disebabkan oleh sumbatan pada saluran kelenjar pada faraj wanita. Bagi mengelakkan cyst ini terjadi semula, anda disarankan untuk mengamalkan langkah berikut:
- menjaga kebersihan kemaluan : membersihkan dengan cara yang betul ketika membuang air (satu arah sahaja) dan sentiasa memastikan bahawa ianya sentiasa kering
- minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- memakai pakaian dalam (bawah) yang tidak terlalu ketat
- ganti pantyliner sekerap mungkin sekiranya berasa lembab
- gunakan air mengalir untuk membasuh kemaluan, elakkan daripada menggunakan air yang sudah ditadah
- gunakan kondom ketika berhubungan seksual
- duduk berendam menggunakan air yang suam
- tuam hangat pada kawasan cyst
Kebiasaanya, dengan mengamalkan kebersihan dan langkah di atas, bartholin cyst jarang terjadi semula. Namun begitu, anda mengalami bartholin cyst yang kembali meradang, anda dinasihatkan untuk segera untuk berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah bartholin cyst? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!